Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Seorang
perempuan datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata: "Aku datang
untuk menyerahkan diri ku kepada anda." Kerana itu Rasulullah saw. lihat
kepada perempuan itu sejak dari atas sampai ke bawah. Kemudian beliau diam
sambil menundukkan kepalanya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Penghafaz Al-Quran Mendapat pengiktirafan Dari Nabi Muhammad s.a.w.
Telah diceritakan dalam sirah mengenai peristiwa perang Uhud dimana bilangan tentera Islam hanyalah seramai 700 orang (tidak termasuk 300 tentera yang diketuai oleh munafik yang kembali ke Madinah) menentang tentera kafir Quraish seramai 3000 orang.
Kanak-kanak Yang Hafal Al-Quran dilantik Sebagai Imam
Pada zaman Rasulullah s.a.w, berlaku peristiwa dimana
seorang kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun bernama Amru bin Salamah Al-Jirmi
r.a. telah dilantik sebagai imam bagi mengimami jamaah di perkampungannya.
Didikan Al-Quran Berterusan Teknik Al-Baghdadi
Menyedari tentang hakikat kepentingan pendidikkan berteraskan
Al-Quran yang kini kian terpinggir dan berada dalam situasi yang membimbangkan, maka Al-Baghdadi Group telah terpanggil untuk menyahut satu lagi cabaran.
Tip Membuat Persiapan Menyambut Ramadhan
“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.” Aaminn. Apabila sampai sahaja bulan-bulan Rejab dan Sya'ban, rata-rata para imam-imam akan memasukkan doa tersebut dalam doa selepas solat lima waktu.
Jangan Lepaskan Peluang Gandakan Bacaan Al-Quran di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan keampunan. Justeru itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk gandakan amalankita sepanjang Ramadhan Al-Munarak ini.
Petua Memanjangkan Nafas Untuk Pembacaan Al-Quran
Pembacaan Al-Quran yang
baik terutamanya secara bertarannum memerlukan kawalan suara dan nafas yang
agak panjang, terutama apabila masuk ke peringkat-peringkat atasan seperti jawab bayyati dan jawabul jawab. Untuk mendapatkan nafas
yang panjang, ianya memerlukan teknik serta latihan yang betul.
Ganjaran dan Fadhilat Membaca Al-Quran
Membaca, mentadabbur dan mempraktikkan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Terdapat banyak contoh tauladan serta pengajaran yang kita boleh ambil daripada sirah dan sejarah terdahulu berkenaan perjuangan para sahabat dan para tabiin dalam memelihara serta memartabatkan Al-Quran.
Perbandingan antara Teknik Iqra' dan Teknik Al-Baghdadi #02
Sehingga kini kita telah
menemui berbagai teknik serta kaedah pembelajaran membaca Al-Quran kepada
pelajar-pelajar yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi
Teknik Al-Baghdadi adalah merupakan
antara salah satu teknik alternatif pembelajaran Al-Quran yang kontemporari. Teknik
Al-Baghdadi telah diasaskan oleh seorang anak Malaysia iaitu Ustaz Jalaluddin
Hassanuddin Al-Baghdadi yang mempunyai pengalaman luas tentang pembelajaran
Al-Quran.
Perbandingan Antara Teknik Iqra’ dan Teknik Al-Baghdadi
Pada tahun 2014, beberapa
orang penyelidik dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengambil
initiatif melakukan kajian terhadap teknik-teknik pembelajaran Al-Quran iaitu
Teknik Iqra’ dan Teknik Al-Baghdadi.
Kaedah Pengajian Al-Quran Yang Berkesan
Teknik Al-Baghdadi telah membantu ramai para pendidik dan pelajar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Sehingga awal tahun 2016 sahaja, teknik pembelajarannya telah berjaya membantu lebih dari 300,000 orang pelajar di seluruh Malaysia untuk celik bacaan Al-Quran.
Pembacaan Al-Quran Bersanad
Sanad atau juga dikenali sebagai isnad secara bahasa bererti ‘sandaran’. Sanad membawa maksud secara khusus bacaan Al-Quran seseorang yang sampai kepada bacaan gurunya sehingga khatam Al-Quran secara sempurna 30 juzu' dengan persyaratan sanad yang ketat.
Bacaan Surah Al-Fatihah Bersanad
Ini adalah paparan video berkenaan bacaan Surah Al-Fatihah Bersanad (antara yang paling tepat di dunia) oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih. Video ini adalah rakaman yang dibuat oleh pihak penganjur pada suatu masa dahulu dan telah dimuatkan ke dalam You Tube agar boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)