Pada zaman Rasulullah s.a.w, berlaku peristiwa dimana
seorang kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun bernama Amru bin Salamah Al-Jirmi
r.a. telah dilantik sebagai imam bagi mengimami jamaah di perkampungannya.
Pemilihan ini telah dipesankan oleh Rasulullah s.a.w kepada bapa Amru sendiri ketika mengunjungi Baginda s.a.w. di Madinah. Sebab utama perlantikkan Ini adalah kerana Amru bin Salamah Al-Jirmi adalah seorang yang paling banyak menghafal Al-Quran di kalangan kaum yang ada di perkampungannya.
Pemilihan ini telah dipesankan oleh Rasulullah s.a.w kepada bapa Amru sendiri ketika mengunjungi Baginda s.a.w. di Madinah. Sebab utama perlantikkan Ini adalah kerana Amru bin Salamah Al-Jirmi adalah seorang yang paling banyak menghafal Al-Quran di kalangan kaum yang ada di perkampungannya.
Amru bin Salamah Al-Jirmi yang pada ketika itu masih kanak-kanak telah menyertai penduduk kampungnya untuk belajar dan menghafaz Al-Quran melalui para Sahabat Rasulullah s.a.w. yang mengunjungi perkampungan beliau. Peristiwa ini telah direkodkan dalam hadis seperti berikut:
Kata Ayyub; "Amru bin Salamah Al Jirmi berkata: "Pada suatu kali ketika ada serombongan sahabat Rasulullah saw lewat di perkampungan kami, maka kami mempelajari Al-Quran dari mereka. Ketika ayahku berkunjung kepada Nabi saw di Madinah, maka beliau saw bersabda: "Pilihlah orang yang paling banyak menghafal Al-Quran untuk menjadi imam". Ketika ayahku menyampaikan apa yang disabdakan Rasulullah saw kepada kaumnya, maka mereka memilih aku untuk menjadi imam, walaupun umurku waktu itu baru 8 tahun, sebab aku paling banyak menghafal Al-quran diantara mereka." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0768.)
Di dalam riwayat yang lain ada juga disebutkan kisah Amr bin Salamah r.a. mengenai peristiwa yang sama:-
Dari Amr bin Salamah R.A. dia berkata: Kami berada di suatu tempat persinggahan arus lalu lintas, yang pergi menghadap kepada Nabi S.A.W. setelah pulang, mereka mampir menemui kami, lalu memberitahukan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: begini dan begini. Aku adalah seorang anak pemuda yang kuat hafalannya, kerana itu aku banyak hafal Al Quran Maka ayah-ku pernah pergi menghadap Rasulullah S.A.W. sebagai delegasi kaumnya bersama beberapa orang lainnya. Beliau mengajar mereka solat, iaitu bersabda: "Yang paling berhak menjadi imam solat kamu adalah yang paling ahli membaca Al-Quran. Kebetulan aku seorang yang paling ahli membaca Al Quran dari pada mereka, kerana aku telah biasa menghafalkannya, sebab itu mereka memajukan aku untuk menjadi imam. Maka aku biasa menjadi imam mereka dengan memakai kain kecil berwarna kuning, sehingga ketika aku bersujud, auratku sedikit tersingkap. Kemudian seorang wanita di antara mereka berkata: "Tutuplah dari kami, aurat ahli Al Quran (yang menjadi imam) kamu!". Maka mereka membelikan sehelai baju Oman untukku. Alangkah gembiranya aku, sehingga terasa bagiku belum pernah segembira itu, setelah aku memeluk Islam. Aku menjadi imam mereka, sedang usiaku tujuh atau delapan tahun". (Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0552.)Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Imam adalah kedudukan yang paling tinggi kerana seorang imam boleh menjadi ketua pada sesuatu kumpulan atau kaum. Para panglima perang yang mengetuai sesuatu misi peperangan juga bertanggungjawab menjadi imam kepada bala tentera yang diketuainya.
Justeru itu, kedudukan seorang yang hafiz Al-Quran dan faqih
dalam memahami serta mempraktikkan pengajaran-pengajaran yang terkandung di
dalam Al-Quran sudah semestinya layak untuk diangkat menjadi seorang pemimpin.
Sedikit pengenalan berkenaan sistem hafazan Al-Baghdadi
Sistem hafazan yang dipelopori oleh Al-Baghdadi Group yang
di kenali sebagai Nadi Hafazan Al-Baghdadi adalah kaedah hafazan yang sitematik
dan diiktiraf oleh mufti dan Jabatan Agama Islam sebagai kaedah yang baik dan
telah membantu ramai pelajar.
Untuk maklumat lanjut, sila klik tajuk berkenaan pengenalan berkenaan Nadi Hafazan Al-Baghdadi.