بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Mengenai ALC

Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Johor Bahru adalah merupakan pusat pembelajaran yang menawarkan pendidikan pembacaan Al-Quran untuk semua peringkat umur. Kaedah pendidikan yang diaplikasikan adalah sangat sistematik, mudah, menarik dan terbukti berkesan. Kaedah pendidikan ini lebih dikenali sebagai Teknik Al-Baghdadi.

Misi dan Visi

Kami di Al-Baghdadi Learning Centre amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya golongan-golongan yang 'Buta Huruf' berkenaan pembacaan Al-Quran.
  • Misi Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru : Menyediakan satu wadah pembelajaran Al-Quran menggunakan pendekatan Teknik Al-Baghdadi kepada masyarakat khususnya mereka yang memerlukan agar kempen membasmi buta Al-Quran mampu dicapai.
  • Visi Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru : Menjadi institusi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dengan pendekatan Teknik Al-Baghdadi yang holistik dan boleh menjadi contoh kebanggaan masyarakat.

Teknik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi telah diperkenalkan semenjak tahun 2009 di Malaysia dan telah membantu ramai masyarakat yang tidak boleh membaca kepada celik membaca Al-Quran. Teknik Al-Baghdadi secara ringkasnya adalah kaedah pembelajaran pembacaan Al-Quran yang:-
  • Sistematik
  • Inovatif
  • Efektif
Teknik Al-Baghdadi merupakan sebuah teknik belajar dan mengajar Al-Quran inovatif, sistematik dan seronok yang menggunakan sebuah buku sahaja. Ianya dibantu oleh satu Alat Bantuan Mengajar yang dikenali sebagai 'Alat Ketuk Al-Baghdadi'.

Ianya disusun menggunakan pendekatan SAS iaitu Struktur, Analisis dan Sintesis yang mana merupakan pendekatan terbaik dalam pengajaran bahasa. Teknik Al-Baghdadi adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada semua golongan samada kanak-kanak mahupun dewasa.

Teknik Al-Baghdadi dapat membantu masyarakat Islam menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang Mudah, Inovatif serta Sistematik dalam tempoh yang singkat dan mempelajari teknik ini juga dapat membolehkan kita untuk mengajar orang lain.

Melalui Teknik Al-Baghdadi ini, pelajar akan didedahkan kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran serta sebutan huruf-huruf Hijaiyah dan bunyi-bunyi yang keluar daripadanya.

Keistimewaan Teknik Al-Baghdadi

Keistimewaan Teknik Al-Baghdadi dengan kata yang mudah ialah suatu teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang Mudah dan Seronok.
  • Proses Pembelajaran yang Mudah: Teknik Al-Baghdadi hanya menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan pembelajaran dalam kumpulan.
  • Peserta Mampu Fokus 90%: Alat ketuk membantu peserta memberi tumpuan untuk jangka masa 2 jam atau lebih dengan memaksimakan penggunaan otak kiri dan otak kanan. Sebab itulah semua pelajar dapat menggunakan sepenuh masa pembelajaran dengan optimum dan tidak perlu menunggu giliran.
  • Ustaz tak tanya soalan pun!: Sistem pembelajarannya yang unik ini tidak memerlukan guru bertanyakan soalan kepada murid dan murid tidak perlu mengaku jika membuat kesilapan. Malahan, murid-murid tidak perlu membaca secara berseorangan. Namun begitu, murid-murid akan mendapat ilmu yang sepenuhnya di akhir pembelajaran.
  • Pembelajaran yang Sistematik dan Teratur:  Sistem pembelajaran Teknik Al-Baghdadi telah disusun mengikut silibus yang memudahkan para pendidik menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama merangsang pelajar untuk menerima ilmu yang disampaikan.
Al Baghdadi Learning Centre (ALC) Negeri Johor sangat mengalu-alukan semua pelajar dari golongan dewasa, remaja sehingga kanak-kanak untuk mengikuti kelas-kelas pembelajaran Al-Quran yang kami sediakan.

Bak kata pepatah arab:

اُطْلُبُوا العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلى اللَّحْدِ
“Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahat”

Sila hubungi kami di Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Johor di lokasi-lokasi yang berdekatan dengan anda seperti yang tersenarai. Daftar dengan segera sekarang dan jangan bertangguh kerana masa tidak akan sekali-kali menanti anda.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
ALC Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
Whatsapp: 011-5299 3775
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...