Kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama peserta-peserta hafazan dari usia muda hingga ke 70 tahun ke atas yang berhadapan
dengan cabaran ingin menghafaz Al Quran.
Bagi mereka-mereka yang ingin menghafaz Al Quran ada banyak perkara-perkara yang sering dihadapi sepanjang proses, antara luahan-luahan perasaan yang sering disuarakan ialah:-
Bagi mereka-mereka yang ingin menghafaz Al Quran ada banyak perkara-perkara yang sering dihadapi sepanjang proses, antara luahan-luahan perasaan yang sering disuarakan ialah:-
- Mudah Lupa : Asyik terlupa apa yang sudah dihafal.
- Masalah Disiplin : Penghafazan yang tak konsisten membuatkan diri rasa kurang yakin.
- Cabaran Masa : Tidak cukup masa untuk membuat pengulangan.
- Tetap Gagal : Sudah mencuba banyak kali tetapi tidak berjaya menghafaz walaupun hanya satu surah.
- Tidak Mengetahui Kaedah : Keinginan untuk menghafaz sudah ada, tetapi tidak tahu cara yang sesuai.
- Faktor Tekanan : Tertekan apabila perlu menghafaz berseorangan tanpa ada dorongan atau bantuan.
- Faktor Usia : Tidak yakin untuk memulakan hafazan pada usia lanjut kerana merasakan bahawa daya ingatan sudah tidak lagi kuat berbanding orang berusia muda.
Ada terdapat banyak lagi sebab-sebab lain yang sering
menjadi halangan kebanyakan masyarakat daripada memulakan usaha penghafazan. Namun, setelah memulakan
usaha, halangan-halangan lain pula akan dihadapi orang yang ingin menghafaz Al
Quran. Situasi di atas adalah antara perkara-perkara yang sering dihadapi oleh
mereka.
Mereka mungkin telah membelanjakan banyak wang ringgit dan
memperuntukkan banyak masa dalam mencuba pelbagai jenis pendekatan dan kaedah
penghafazan. Namun sebahagian besar tidak mampu meraih hasil yang memuaskan.
Masalah Hafazan Tidak Dapat Dicapai
Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan oleh beberapa
orang Ahli Akademik Malaysia:
- Pencapaian pelajar terhadap tahfiz Al-Quran menurut Misnan dan Ahmad Sadadi (2003) dengan menyatakan bahawa 60% daripada pelajar-pelajar tidak dapat menamatkan hafazan Al-Quran mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Begitu juga kajian Azmil Hashim (2010) terhadap penilaian pencapaian pelajar tahfiz menegaskan bahawa pencapaian pelajar masih belum mencapai objektif pendidikan tahfiz yang telah digariskan.
- Iaitu menghafaz Al-Quran dengan lancar, menghafaz Al-Quran dengan memahami maksud ayat, menghafaz Al-Quran dengan mengetahui asbab nuzul dan menghafaz Al-Quran dengan mengetahui pengajaran ayat.
– Kajian Ahli Akademik
Fakta ini dikuatiri akan meninggalkan kesan yang
buruk jika tidak diatasi dengan segera. Ini adalah kerana jika dibiarkan
golongan-golongan yang mempunyai keinginan untuk menghafaz Al-Quran terus
berputus asa dan berhenti untuk mencuba, maka ramai akan membuat anggapan
bahawa hafazan Al-Quran hanya terbatas untuk golongan yang tertentu sahaja.
Persepsi ini adalah salah sama sekali kerana Al-Quran telah diturunkan untuk
kita semua.
Setelah seseorang berjaya menghafal Al-Quran, cabaran lain
yang perlu dihadapinya ialah bagaimana untuk mengekalkan hafazan tersebut agar
tidak mudah terlupa.
Dari Ibnu Umar dikatakan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Seorang yang menghafal Al-Quran adalah ibarat seorang yang memiliki unta yang sedang diikat. Bila ikatan unta itu tidak dilepas, maka unta itu tidak akan pergi ke mana-mana. Tetapi bila ikatan unta itu dilepas, maka dia akan segera pergi/menghilang.” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0917)
Program Nadi Hafazan Al Baghdadi telah diformulasikan bagi
membantu mengaktifkan otak kiri dan otak kanan manusia dalam menguatkan hafazan
Al Quran. Dengan Teknik hafazan Nadi Al-Baghdadi, para peserta tidak mengira
faktor usia akan dibantu untuk melakukan hafalan secara sistematik, mudah dan tidak
membosankan, In shaa Allah. Ini bermakna bahwa semua orang boleh menghafaz
Al-Quran!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nadi Hafazan Al-Baghdadi dengan segera.