Pembacaan Al-Quran yang
baik terutamanya secara bertarannum memerlukan kawalan suara dan nafas yang
agak panjang, terutama apabila masuk ke peringkat-peringkat atasan seperti jawab bayyati dan jawabul jawab. Untuk mendapatkan nafas
yang panjang, ianya memerlukan teknik serta latihan yang betul.
Berikut akan kami kongsikan
beberapa petua yang pernah diamalkan oleh orang-orang sebelum ini yang membantu untuk mendapatkan nafas panjang ketika
membaca Al-Quran.
1. LatihanTahan Nafas
Ada terdapat dua kaedah pernafasan iaitu 'Pernafasan Perut' dan 'Pernafasan Dada'. Lakukan petua-petua berikut untuk membantu memanjangkan pernafasan:-
Teknik Nafas Dada |
- Teknik Nafas Perut : Paru-paru kita mempunyai bentuk yang kecil di atas (separas dengan bahagian dada) dan besar di-bawah (bahagian atas perut). Ketika kita menarik nafas, pastikan perut kita mengembung bagi membenarkan udara yang lebih banyak memasuki paru-paru dan berkumpul di bahagian bawah. Kita boleh melakukan Teknik Pernafasan Perut dengan mengembungkan perut sambil mengekalkan saiz dada.
- Elakkan dari Teknik Nafas Dada : Sekiranya kita menarik nafas dengan membesarkan dada (teknik nafas dada), maka udara hanya dapat memasuki bahagian atas paru-paru yang sedikit sahaja. Kita boleh mengenali teknik nafas dada apabila bernafas dengan dada kita mengembang dan perut kekal seperti biasa atau mengempis.
- Latihan pernafasan : Lakukan latihan menahan nafas perut setiap hari secara berperingkat-peringkat. Sbagai contoh, pada hari pertama cuba lakukan latihan tahan nafas selama 20 saat, pada hari kedua 30 saat dan seterusnya. Orang-orang dahulu pernah melakukan latihan ini dengan menyelam di dalam kolam/sungai selama mungkin pada setiap hari.
- Senaman Pernafasan: Lakukan senaman pernafasan dengan 3 step iaitu ‘Sedut-Tahan-Hembus’. Mula-mula, sedut nafas (nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga paru-paru dipenuhi dengan udara, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembuskan udara keluar sedikit demi sedikit selama 10 saat. Pada hari-hari yang berikutnya, kita boleh tambahkan masa ‘Tarik-Tahan-Hembus’ ini kepada 15 saat, 20 saat dan seterusnya.
2. Jaga Pemakanan
Amalkan Minum air suam dan
makanan Tidak Pedas : Makanan pedas dan minuman sejuk yang berais boleh mengakibatkan
sistem pernafasan kita terganggu akibat
hingus dan kahak yang terhasil daripada minuman berais dan makanan pedas. Ini
akan menyebabkan suara menjadi serak, semput dan memendekkan nafas.
3. Lakukan Senaman
Bersenam akan menjadikan
badan lebih cergas dan menjadikan pernafasan lebih teratur. Lakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu iaitu 20 minit untuk setiap sesi senaman. Ada
berbagai cara senaman yang boleh kita lakukan. Antara kaedah-kaedah senaman adalah
dengan berjoging.
Mulakan latihan berjoging
secara seragam selama 20 minit. Setelah itu, tambahkan kaedah sprint selama 5
minit. Atau anda boleh lakukan sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10
minit.
Sebelum menjalani latihan,
lakukanlah nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas melalui
hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik melalui
hidung dan menghembus melalui mulut. Lakukan senaman ini pada waktu awal pagi.
4. Senaman Jeritan Batin
Anda boleh melakukan petua
ini di rumah atau kolam. Jika ingin melakukannya di rumah, ambil baldi yang
bersaiz besar dan isikannya dengan air sehingga penuh.
Kemudian, tarik nafas
dalam-dalam (nafas perut) dan masukkan kepada ke dalam baldi tersebut dan
menjerit sekuat mungkin. Sekiranya anda berada di dalam kolam, lakukannya
sambil menyelam. Lakukannya Senaman Jeritan Batin ini setiap hari dan beberapa kali
sehari untuk kesan yang lebih baik. - Semoga bermanfaat dan
selamat mencuba.
Sila kunjungi kami di Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej pengajian Al-Quran yang sistematk dan inovatif.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519