Membaca, mentadabbur dan mempraktikkan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Terdapat banyak contoh tauladan serta pengajaran yang kita boleh ambil daripada sirah dan sejarah terdahulu berkenaan perjuangan para sahabat dan para tabiin dalam memelihara serta memartabatkan Al-Quran.
Satu ketika semasa di zaman pemerintahan Khalifah Islam, berlaku peristiwa dimana ramai sahabat-sahabat yang hafiz Al-Quran telah gugur syahid semasa berjuang menentang golongan kafir musyrik.
Jumlahnya terlalu ramai yang syahid sehingga memaksa Khalifah pada ketika itu mengambil inisiatif untuk mengumpulkan para huffaz dan menubuhkan jawatan kuasa bertindak untuk mengumpul dan mencatit ayat-ayat Al-Quran yang dihafal dan disimpan oleh para sahabat. Di bawah kawalan, pemantauan serta disiplin yang ketat, maka terhasilnya mushaf Al-Quran yang Allah s.w.t tetap pelihara sehingga kini.
Jumlahnya terlalu ramai yang syahid sehingga memaksa Khalifah pada ketika itu mengambil inisiatif untuk mengumpulkan para huffaz dan menubuhkan jawatan kuasa bertindak untuk mengumpul dan mencatit ayat-ayat Al-Quran yang dihafal dan disimpan oleh para sahabat. Di bawah kawalan, pemantauan serta disiplin yang ketat, maka terhasilnya mushaf Al-Quran yang Allah s.w.t tetap pelihara sehingga kini.
Rasulullah s.a.w ada banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat
yang boleh di perolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran itu dan antaranya ialah:
- Pembaca Al-Quran hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah s.w.t dan memeliharanya dari kegelapan : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (Al-Quran) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)
- Pembaca Al-Quran memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya : Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari Qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan (Al-Quran) ini?"(Hadis riwayat Abu Daud).
- Pembaca Al-Quran memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga : Dari Abdullah bin Amr dari Nabi SAW. bersabda :"Dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran. Bacalah, naiklah pada tangga syurga dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membaca dengan tartil di dunia, kerana sesungguhnya tempatmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3081)
- Ganjaran lipat-ganda kepada 10 kebaikan bagi setiap huruf yang dibaca : Abdullah bin Mas'ud berkata :"Rasulullah SAW. bersabda :"Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah (AI Quran), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan dilipat-gandakan menjadi sepuluh kebaikan, saya tidak menghitung Alif Laam Miim satu huruf, tetapi Alif satu huruf Laam satu huruf dan Miim satu huruf". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3075.)
- Al-Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya : Dari Abu Umamah Al Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Bacalah Al Quran, kerana dia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surat Al Baqarah dan Ali 'Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al Baqarah, kerana dengan membacanya beroleh berkat, dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (di kalahkan) oleh tukang-tukang sihir." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0771)
- Ganjaran istimewa untuk semua orang yang membaca Al-Quran samada secara tartil atau tersekat-sekat : Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang (mukmin) yang mahir membaca Quran, maka kedudukannya di akhirat di teman para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Quran, padahal dia gagap sesulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda. " (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0767.)
- Menjadi alasan yang berguna di akhirat kelak : Dari Abi Malik Al Asy'ari berkata: Rasulullah bersabda: "Wuduk adalah separuh iman, Al Hamdulillah memenuhi timbangan dan Subanallah dan Alhamdulillah memenuhi langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah tanda bukti, sabar adalah penerang dan Al Quran adalah alasan yang berguna bagi mu atau alasan yang memberatkanmu, setiap orang masuk pagi hari maka ia menjual dirinya lalu ada yang membebaskan dirinya dari api neraka dan ada pula yang membinasakannya." (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0196)
Wallahua'lam. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Johor ada menyediakan pengajian pembelajaran pengajian Al-Quran untuk semua golongan termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak. Jangan tunggu lagi dan daftarlah sekarang di Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Negeri Johor atau mana-mana pusat pendidikan Al-Quran Al-Baghdadi yang berhampiran dengan tempat anda.
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Johor ada menyediakan pengajian pembelajaran pengajian Al-Quran untuk semua golongan termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak. Jangan tunggu lagi dan daftarlah sekarang di Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Negeri Johor atau mana-mana pusat pendidikan Al-Quran Al-Baghdadi yang berhampiran dengan tempat anda.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519