بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Sejarah Penemuan Teknik Al-Baghdadi

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah satu teknik yang dapat membantu umat Islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang Mudah, Inovatif dan Sistematik dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Sejarah Penemuan Teknik Al-Baghdadi
Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi
Teknik Al-Baghdadi serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi mengendalikan kursus kaedah Al-Bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.

Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.

Kami di Al-Baghdadi Learning Centre dengan bantuan para perunding yang terlatih mengajak anda untuk bersama kami menangani masalah berkenaan pembacaan Al-Quran sekiranya mendapati diri anda terbelenggu dengan masalah-masalah berikut:-
  • Tidak tahu mengaji Al-Quran tetapi malu untuk belajar di sebabkan faktor usia : Ini adalah antara sebab mengapa ramai daripada kita bertangguh untuk belajar. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi kerana Teknik Al-Baghdadi mempunyai kaedah yang cukup mudah serta menyeronokkan dan pembelajaran dilakukan secara berkumpulan. Banyak latih tubi dilakukan semasa dalam kelas yang dibuat secara berkumpulan yang membuatkan pelajar tidak merasa malu jika membuat sebarang kesilapan.
  • Sudah tahu mengaji tetapi belum berkemampuan untuk membaca dengan tartil dan lancar : Antara masalah lain yang sering dihadapi ketika dalam pembacaan Al-Quran ialah kurang lancar serta tidak tartil. Kurang yakin dan ragu-ragu terhadap sebutan huruf-huruf hijhiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya. Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran. Ke enam perkara asas tersebut terkandung dalam kitab Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi hanya 27 halaman. Teknik ini juga menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantuan mengajar yang akan membantu para pelajar membaca dengan lancar serta tartil, In Shaa Allah.
  • Tidak Mahu dan segan, malah tidak suka ditanya oleh guru ketika mengaji : Dalam kelas Teknik Al-Baghdadi, anda tidak perlu risau kerana guru tidak akan bertanya anda tentang apa yang diajar kerana latih tubi yang banyak selama 2 jam setiap sesi pembelajaran sudah memadai untuk anda mengetahui serta mahir dalam pelajaran yang diajar masa itu serta anda sudah boleh mempraktikannya terus. Kami memberi jaminan tidak akan bertanya kepada anda secara individu. Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan di mana anda bukan sahaja belajar tetapi dengan menguasai teknik ini, anda akan terus dapat mengajar kepada orang lain seperti ahli keluarga anda atau pun rakan-rakan anda sebaik sahaja anda pulang dari belajar dalam pelajaran pertama lagi! Anda akan lebih cepat dapat sekiranya anda melakukan sedemikian dan anda juga secara tidak langsung mendapat manfaat dari apa yang anda pelajari.
  • Terpaksa mencari guru Al-Quran kerana anda tidak mahir kaedah mengajar : Teknik Membaca & Mengajar Al- Baghdadi adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik Mudah, Cepat & Menyeronokkan
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...