Pada tahun 2014, beberapa
orang penyelidik dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengambil
initiatif melakukan kajian terhadap teknik-teknik pembelajaran Al-Quran iaitu
Teknik Iqra’ dan Teknik Al-Baghdadi.
Kajian ini telah dilakukan
bertujuan untuk melihat pilihan yang lebih berkesan untuk diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran asas bacaan Al-Quran di samping mengenal
pasti teknik belajar Al-Quran yang sesuai digunakan di peringkat kanak-kanak
terutamanya dalam kelompok yang besar.
Kajian ini merupakan
kajian berbentuk perbandingan yang memberi tumpuan terhadap dua teknik belajar
asas membaca Al-Quran iaitu teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi.
Seramai 30 orang responden
dari Sekolah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur dan 30 orang responden dari
Al-Baghdadi Training Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur dipilih secara rawak
mudah.
Di dalam Jurnal Usuluddin
40 (Julai - Disember 2014) : 51-69 yang bertajuk Keberkesanan Teknik Iqra' dan
Al-Baghdadi: Suatu Perbandingan, telah merumuskan beberapa penemuan seperti
berikut:-
- Responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi mempunyai tahap keupayaan menyebut huruf Hijaiyyah dan tanda baris yang tinggi berbanding responden yang mempelajari Teknik Iqra’.
- Tahap bacaan asas Al-Quran responden teknik Al-Baghdadi berada di tahap tinggi manakala tahap bacaan asas Al-Quran responden teknik Iqra’ berada di tahap sederhana.
- Responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi mempunyai tahap keupayaan membaca perkataan atau kalimah yang tinggi berbanding responden yang mempelajari Teknik Iqra’.
- Responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi mempunyai tahap keupayaan membaca ayat Al-Quran yang tinggi berbanding responden yang mempelajari Teknik Iqra’.
- Responden yang mempelajari teknik Al-Baghdadi mempunyai tahap keupayaan membaca ayat Al-Quran dengan tajwid yang tinggi berbanding responden yang mempelajari Teknik Iqra’.
Nota:
- Kajian ini adalah bersifat ilmiah dan untuk tujuan pembelajaran. Para pembaca boleh memperolehi maklumat lengkap tentang kajian ini didalam Jurnal Usuluddin 40 (Julai – Disember 2014): 51-69 bertajuk "Keberkesanan Teknik Iqra' dan Al-Baghdadi:Suatu Perbandingan." oleh: Norsyida Md Zin, Sedek Ariffin, Norhidayah Yusoff.
- Pihak kami tidak mendakwa bahawa teknik Al-Baghdadi adalah yang yang terbaik kerana kami berpegang kepada prinsip bahawa kesemua teknik pembelajaran Al-Quran yang ada adalah terbaik mengikut kesesuaian, keperluan dan keadaan pelajar-pelajar.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519