بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Dilema Hafazan Al-Quran

Kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama peserta-peserta hafazan dari usia muda hingga ke 70 tahun ke atas yang berhadapan dengan cabaran ingin menghafaz Al Quran.

Pengajian Tahap 3, 4 & 5 : Talaqqi Al-Baghdadi

Pengajian Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5  adalah merupakan susulan daripada program pengajian Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2. Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesi pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru terlatih. Ianya mengandungi tiga peringkat iaitu Talaqqi Am, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.

Petua Untuk Memerdukan Suara Membaca Al-Quran

Kebanyakan kita pasti menginginkan suara yang bagus lagi merdu lebih-lebih lagi ketika mengalunkan ayat-ayat suci Al-Qurannul Karim. Namun untuk mendapatkan suara yang bagus bukan sahaja memerlukan teknik yang betul, tetapi memerlukan usaha serta disiplin yang berterusan.

Pengajian Tahap 2: Tajwid Al-Baghdadi

Peingkat Pengajian Tahap 2 Tajwid Al-Baghdadi telah disediakan dengan penggunaan Buku Tajwid Al-Baghdadi yang ringkas tetapi berkesan. Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap dan susulan kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.

Pengiktirafan Oleh The Malaysia Book Of Records

Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre (Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) pada 9hb Febuari 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...