Sehingga kini kita telah
menemui berbagai teknik serta kaedah pembelajaran membaca Al-Quran kepada
pelajar-pelajar yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Kali ini kami akan berkongsi penemuan yang telah dibuat oleh para pengkaji dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang telah diterbitkan melalui Jurnal Usuluddin 40. Mereka telah melakukan analisis perbezaan di antara kaedah pembelajaran Al-Quran Teknik Iqra’ dan Teknik Al-Baghdadi yang akan kami simpulkan beberapa perbezaan seperti berikut:-
Kali ini kami akan berkongsi penemuan yang telah dibuat oleh para pengkaji dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang telah diterbitkan melalui Jurnal Usuluddin 40. Mereka telah melakukan analisis perbezaan di antara kaedah pembelajaran Al-Quran Teknik Iqra’ dan Teknik Al-Baghdadi yang akan kami simpulkan beberapa perbezaan seperti berikut:-
Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran
- Teknik Al-Baghdadi: Kaedah pengajaran dan pembelajaran Teknik Al-Baghdadi perlu dilakukan dalam kelompok pelajar yang ramai. Ini adalah kerana tenaga pengajar akan mudah memantau kesalahan pelajar melalui ketidakseragaman bunyi berhenti ketukan. Oleh demikian, tenaga pengajar akan mampu mengawal keseluruhan kelas pengajian di samping pelajar dapat memberi tumpuan yang tinggi menjadikan kelas pengajian yang berlangsung menyeronokkan dan yang pastinya pelajar akan mempelajarinya tanpa rasa jemu. Waktu pembelajaran juga akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
- Teknik Iqra': Kaedah penyampaiannya adalah secara 'Talaqqi Mushāfahah' memerlukan pengajian terus dari guru kepada murid secara individu. Ini menyebabkan akan ‘ada masa menunggu’ di antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain. Namun, pengaplikasian ‘murid turus’ dilihat sebagai sesuatu yang sememangnya baik untuk diaplikasikan dan ianya sebagai nilai tambah kepada pelajar yang sudah mahir bagi membantu pelajar yang lemah dan kurang mahir.
Bahan Bantuan Mengajar
- Teknik Al-Baghdadi: Alat bantuan pembelajaran tambahan yang disediakan seperti ‘alat ketuk’ dan buku mampu memantapkan lagi penguasaan pelajar terhadap teknik ini.
- Teknik Iqra’: Bahan bantu mengajar yang disediakan seperti penggunaan LCD dan Power Point, Kad Imbasan, Qur’an Digital, CD Iqra’ beserta bahan muat turun youtube berupa nasyid animasi Alif Ba Ta hakikatnya sudah cukup untuk membantu pelajar meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap teknik Iqra’. Walaubagaimanapun, guru perlu lebih kreatif lagi untuk menarik minat dan tumpuan pelajar dalam sesi pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar yang ramai.
Nota:
- Kajian ini adalah bersifat ilmiah dan untuk tujuan pembelajaran. Para pembaca boleh memperolehi maklumat lengkap tentang kajian ini didalam Jurnal Usuluddin 40 (Julai – Disember 2014): 51-69 bertajuk "Keberkesanan Teknik Iqra' dan Al-Baghdadi:Suatu Perbandingan." oleh: Norsyida Md Zin, Sedek Ariffin, Norhidayah Yusoff.
- Pihak kami tidak mendakwa bahawa teknik Al-Baghdadi adalah yang yang terbaik kerana kami berpegang kepada prinsip bahawa kesemua teknik pembelajaran Al-Quran yang ada adalah terbaik mengikut kesesuaian, keperluan dan keadaan pelajar-pelajar.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +06011-5299 3775