Kebanyakan kita pasti menginginkan
suara yang bagus lagi merdu lebih-lebih lagi ketika mengalunkan ayat-ayat suci
Al-Qurannul Karim. Namun untuk mendapatkan suara yang bagus bukan sahaja
memerlukan teknik yang betul, tetapi memerlukan usaha serta disiplin yang
berterusan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembacaan Al-Quran secara tartil dan dengan baik adalah amat digalakkan oleh Islam.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembacaan Al-Quran secara tartil dan dengan baik adalah amat digalakkan oleh Islam.
Nabi SAW. bersabda :"Dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran. Bacalah, naiklah pada tangga syurga dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membaca dengan tartil di dunia, kerana sesungguhnya tempatmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3082.)Antara petua-petua yang berkesan serta mudah untuk dipraktikkan bagi mendapatkan suara yang merdu lagi baik adalah seperti berikut:-
- Membersihkan Kerongkong : Sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sehingga keluar kahak atau air yang berlendir dari rongga kerongkong. Lakukannya sebelum memberus gigi kerana lendir agak sukar untuk dikeluarkan setelah memberus gigi.
- Membersihkan Rongga Hidung : Setelah itu, masukkan air ke dalam lubang hidung bagi mengeluarkan lendir yang berada di dalam lubang hidung dan yang berdekatan dengan kerongkong. Amalan membersihkan rongga hidung ini juga adalah merupakan amalan sunnah dan lakukanlah ia setiap kali kita hendak berwudhuk.
- Meminum Air Suam : Amalkan meminum air suam pada waktu malam. Petua yang biasa diamalkan ialah dengan kumurkan dahulu air suam itu terlebih dahulu sebelum meminumnya. Selepas berkumur, telan air suam tersebut sediki demi sedikit sehingga dapat dirasakan di kerongkong.
- Menjaga Pemakanan dan Minuman : Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi banyak minyak dan bersantan. Elakkan juga meminum air berais yang banyak tetapi sebaliknya kerapkan meminum air masak atau air mineral yang suam sahaja. Selain itu, kurangkan juga meminum minuman yang berkafien seperti teh, kopi dan yang seumpamanya.
- Melakukan Latihan Vokal : Lakukan latihan vokal dengan mendendangkan bacaan Al-Quran dengan nada rendah. Ketika melagukannya, keluarkan suara dengan jelas tanpa ditahan. Menanyi dengan kuat bagi membiasakan dan melebarkan pita suara. Seterusnya, nyanyikan tanda nada do, re, mi, fa, so, la, ti, do dalam nada rendah. Kemudian nyanyikannya dengan nada sederhana dan akhir sekali dengan nada maksimum (seperti menjerit). Ini dilakukan bertujuan agar pita suara menjadi elastik dan kita terbiasa. Akhir sekali, biasakan untuk menyanyi lagu yang bernada tinggi, pada peringkat permulaan anda mungkin bersa sukat, tetapi apabila sudah biasa melakukannya ianya akan menjadi mudah.Lakukan latihan vokal ini sekurang-kurangnya satu jam setiap hari agar suara menjadi lebih mantap.
Di Al-Baghdadi Learning CentreNegeri Johor, kami ada menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran bermula dari peringkat asas sehingga tajwid yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor mBahru
Whatsapp: +6011-5299 3775