Teknik Muqaddam telah diasaskan oleh Abu Mansur Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Kaedah Muqaddam ini juga dikenali sebagai Kaedah Al-Baghdadiah oleh sesetengah masyarakat di negara-negara Islam lain.
Muqaddam ialah sebuah kitab panduan belajar Al-Quran bagi peringkat permulaan. Bolehlah dianggap bahawa kitab Muqaddam itu seumpama buku mengenal A, B , C untuk kanak-kanak sebelum mereka jauh melangkah untuk membaca di peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar-pelajar yang baru belajar membaca Al-Quran akan
dikehendaki untuk menggunakan kitab Muqaddam terlebih dahulu. Dengan
menggunakan buku Muqaddam, para pelajar akan dilatih mengenal huruf-huruf abjad
Arab (Hijaiyah) , kemudian mengeja dan akhirnya masuk ke dalam surah-surah yang
mudah dalam Juzuk ke-30 yang juga merupakan surah-surah Al-Mufassol .
Surah-surah Al-Quran yang dimuatkan di dalam buku Muqaddam bukan
sahaja pendek, tetapi mudah untuk dipelajari , bahkan mudah juga untuk dihafal
. Kerana itulah kebanyakan sekolah-sekolah tahfiz akan memulakan hafalan-hafalan murid-murid dengan
surah-surah Al-Mufassol.
Setelah
pelajar boleh menguasai atau mahir dengan bacaan di dalam kitab Muqaddam, maka
mereka akan di kehendakki meneruskan pengajian Al-Quran menggunakan mushaf
Al-Quran yang sebenar.
Dewasa ini, melalui sistem pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, murid-murid tidak lagi di dedahkan dengan kaedah pembelajaran Al-Quran menggunakan kitab Muqaddam. Dibawah program pendidikan kebangsaan, murid-murid telah di dedahkan dengan Teknik Iqra' yang digunakan sepenuhnya bermula tahun 1995.
Jom Mengaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre JOhor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519