Teknik Al-Baghdadi adalah satu sistem pembelajaran yang
telah direka khas bagi membantu pembelajaran Al-Quran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Teknik Al-Baghdadi adalah sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia samada muda, remaja, dewasa atau warga tua.
Teknik Al-Baghdadi adalah sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia samada muda, remaja, dewasa atau warga tua.
Teknik Al-Baghadi telah merangkumkan kaedah pembelajaran
yang inovatif dan sistematik. Ianya dipermudahkan dengan penggunaan set
pembelajaran berikut:-
- Buku Tamhid Al-Baghdadi : Buku ini mengaplikasikan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS. Buku ini walaupun nipis dan ringkas, tetapi ianya padat dengan pembelajaran kreatif yang memudahkan pelajar untuk menguasai ilmu pembacaan Al-Quran dengan cepat.
- Alat Ketuk Al-Baghdadi : Adalah alat bantuan mengajar yang telah mendapat anugerah Finalis Inovasi Negara 2013. Penggunaan Alat ketuk ini akan mengaktifkan fungsi otak kiri dan kanan agar pelajar sentiasa teruja untuk berfikir dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Penggunaan buku Tamhid Al-Baghdadi akan sentiasa diiringi dengan penggunaan alat ketuk ini sehingga ke suatu peringkat yang telah ditetapkan.
Selain daripada kaedah pembelajaran serta set pembelajaran
di atas, sistem pendidikan yang diterapkan dapat diaplikasikan untuk semua
peringkat umur samada kanak-kanak atau dewasa.
Kelebihan Teknik
Al-Baghdadi
Berbanding dengan teknik-teknik lain yang sediada, Teknik
Al-Baghdadi adalah sangat berkesan dalam membantu pelajar-pelajar menguasai
pembacaan Al-Quran dengan cepat tanpa rasa bosan. Antara kelebihan yang
terdapat pada Teknik Al-Baghdadi ini ialah:-
- Proses pembelajaran yang sangat mudah dan 'Ustaz TIDAK akan bertanya soalan pun'.
- Pelajar TIDAK perlu mengaku jika buat sebarang kesilapan. Tetapi kesilapan itu akan diperbetulkan sepanjang proses pembelajaran dengan cepat.
- Pelajar TIDAK perlu menunggu giliran untuk bertemu ustaz. Dengan erti kata lain, tidak mengira berapa jumlah pelajar dalam sesuatu sesi semua pelajar perlu mengambil bahagian sepanjang pembelajaran. Ini adalah kerana Teknik Al-Baghdadi telah menerapkan penggunaan masa yang optimum.
- TIADA had umur kerana semua peringkat umur boleh mempelajarinya.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6011-5299 3775