Teknik Iqra’ telah disusun oleh Kiyai Haji As’ad Humam yang merupakan Pengarah Kumpulan
Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musolla Yogyakarta.
Ianya telah disusun berdasarkan pengalaman beliau mengajar Al-Quran sejak tahun 1950 dan melalui percubaan serta penyelidikan yang mendalam dalam bidang pengajian Al-Quran.
Ianya telah disusun berdasarkan pengalaman beliau mengajar Al-Quran sejak tahun 1950 dan melalui percubaan serta penyelidikan yang mendalam dalam bidang pengajian Al-Quran.
Kiyai Haji As'ad Humam telah dilahirkan di Yogyakarta indonesia pada tahun 1933. Beliau adalah seorang pedagang dan juga aktif dalam pengajaran qiraah Al-Quran. Bersama-sama dengan kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musolla Yogyakarta, K.H. As'ad Humam telah mempelopori serta memantapkan kaedah pembelajaran Al-Quran menggunakan kaedah Iqra'. K.H. As'ad Humam telah kembali ke rahmatullah pada 2hb Febuari 1996 pada usia 63 tahun.
Sejarah Teknik Iqra' di Malaysia
Teknik Iqra’ mula diperkenalkan di Malaysia secara beransur-ansur bermula
tahun 1992 lagi. Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum
Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada Januari 1994 telah memutuskan bahawa
murid-murid Tahun Satu sekolah kebangsaan mesti diberi penekanan pendidikan
dengan menggunakan teknik Iqra’ dalam jangkamasa enam bulan bermula sesi
persekolahan 1994/1995.
Setelah melalui tempoh percubaan pertama selama sekitar 6 bulan di beberapa sekolah di Malaysia pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan
Malaysia akhirnya telah menetapkan pengajaran tilawah Al-Quran untuk murid-murid Tahun Satu di
sekolah-sekolah kebangsaan sesi persekolahan 1995 agar menggunakan teknik Iqra' ini. Murid
Tahun Satu dikehendaki memiliki buku teknik Iqra’ dan mengikuti kelas kemahiran Al-Quran sepanjang enam bulan pertama persekolahan.
Pengajian tilawah menggunakan Teknik Iqra' ini kemudiannya diteruskan dan dilaksanakan di bawah program j-QAF
bermula pada tahun 2005 sehingga sekarang hasil inspirasi mantan Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perlaksanaan ini adalah bertujuan untuk memastikan agar semua murid yang tamat sekolah
rendah bukan setakat boleh menguasai bacaan Al-Quran, malahan dapat
mengkhatamkan al-Qur’an di peringkat sekolah rendah lagi.
Mengenai Kitab Iqra'
Kitab Iqra’ yang telah dikarang oleh As’ad Humam ini mengandungi 6 jilid yang mencakupi kesemua
sukatan pembelajaran membaca Al-Quran. Setiap jilid di dalam Kitab Iqra’ telah disusun
secara bertahap.
Pembelajaran Kitab Iqra' ini dimulakan dengan barisan huruf, perkataan atau ayat sebagai pengenalan,
manakala di barisan tengah pula adalah sebagai latihan. Sebagai pengukuhan,
ujian atau penilaian disusun di bahagian akhir buku ini. Keistimewaan
modul teknik Iqra’ berbanding Teknik Muqaddam adalah murid-murid akan membaca secara terus tanpa mengeja
terlebih dahulu.
Sepanjang proses pembelajaran, pendekatan bacaan secara Talaqqi Musḥāfaḥah adalah dipraktikkan. Didalam proses pembelajaran ini, kaedah ‘murid turus’ turut juga dipraktikkan. Kaedah ini menghendakki pelajar yang telah dapat menguasai
mana-mana tahap pembelajaran di dalam buku Iqra’ agar membantu menyemak
bacaan pelajar yang lemah.
Pendekatan 'murid turus' ini secara tidak langsung dapat memberi
nilai tambah kepada pelajar yang sudah mahir bagi membantu pelajar yang lemah
dan kurang mahir.
Penulisan buku Iqra’ pula adalah berorientasikan tulisan Rasm Uthmāni dan
berpandukan Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA). Teknik ini
secara keseluruhannya amat praktikal, sistematik, komunikatif dan sangat
fleksibel.
Dari segi penilaian, pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian
individu yang memungkinkan wujudnya suasana persaingan dan interaksi aktif.
Sepanjang pembelajaran menggunakan teknik Iqra' ini, guru-guru akan menerapkan ilmu Tajwid secara langsung.
Sebagaimana teknik-teknik lain, pelajar-pelajar akan memulakan pembelajaran menggunakan mushaf Al-Quran setelah dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran dengan kitab Iqra'.
Perkembangan pendidikan Al-Quran seterusnya akan mengalami era kemajuan dengan ujudnya teknik-teknik kontemporari yang lebih memudahkan dan cepat seperti Teknik Al-Baghdadi. Ini adalah selari dengan keperluan masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan kehidupan alaf baru yang semakin mencabar.
Perkembangan pendidikan Al-Quran seterusnya akan mengalami era kemajuan dengan ujudnya teknik-teknik kontemporari yang lebih memudahkan dan cepat seperti Teknik Al-Baghdadi. Ini adalah selari dengan keperluan masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan kehidupan alaf baru yang semakin mencabar.
Sumber Rujukan:
Jurnal Usuluddin 40 (Julai – Disember 2014): 51-69
Keberkesanan Teknik
Iqra’ dan Al-Baghdadi: Suatu Perbandingan
Oleh: Norsyida Md Zin, Sedek Ariffin, Norhidayah Yusoff