Teknik Al-Baghdadi telah diolah agar memudahkan proses pembelajaran dan diuji keberkesanannya. Sehingga kini lebih dari 300,000 orang masyarakat dan pelajar di seluruh Malaysia telah berjaya dibantu sehingga celik membaca Al-Quran. Alhamdulillah.
Kajian statistik oleh beberapa institusi telah mendapati bahawa peratusan bilangan mereka 'Buta huruf Al Quran' adalah dalam keadaan yang mengejutkan. Secara puratanya, kadar 'Buta huruf Al-Quran' telah mencecah kepada hampir 40% dikalangan masyarakat muslim di Malaysia.
Antara faktor-faktor yang dikenal pasti menghalang sesetengah masyarakat untuk mempelajari dan menguasai pembacaan Al-Quran adalah seperti berikut:-
Antara faktor-faktor yang dikenal pasti menghalang sesetengah masyarakat untuk mempelajari dan menguasai pembacaan Al-Quran adalah seperti berikut:-
- Tidak tahu dan malu untuk belajar kerana faktor usia.
- Tidak suka ditanya oleh guru ketika belajar.
- Tiada masa untuk menghadiri kelas pembelajaran kerana kekangan masa.
- Tidak suka dimarahi dan dirotan (Pelajar sekolah).
- Tidak suka membuat pengulangan yang banyak ketika belajar.
- Masalah tidak fokus ketika belajar.
- Guru Al-Quran tidak dapat memaksimakan masa pembelajaran dengan pengulangan yang banyak
- Faktor kewangan.
Menyedari tentang halangan-halangan serta masalah diatas, kami di Al-Baghdadi Learning centre telah dilatih untuk memudahkan proses pembelajaran Al-Quran untuk semua peringkat usia. Teknik Al-Baghdadi telah diformulasikan berpandukan kepada faktor-faktor di atas dan kini terbukti sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk:-
- Murid-murind di peringkat tadika.
- Pelajar-pelajar sekolah rendah.
- Pelajar-pelajar sekolah Menengah.
- Warga tua dan dewasa yang malu dan tidak tahu untuk belajar kerana faktor usia.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6011-5299 3775