Pengajian Tamhid Al-Baghdadi Tahap 1 adalah pakej pengajian asas yang dibekalkan dengan sebuah buku Tamhid Al-Baghdadi dan alat bantuan yang merupakan Set Alat Ketuk Al-Baghdadi. Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.
- Keupayaan mengenal dan membaca 28 huruf Hijaiyyah dengan baik.
- Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah.
- Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin.
- Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad.
- Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun.
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu.
Terdapat pelbagai teknik yang juga
diaplikasikan di dalam tamhid Al-Baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan
Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan
Sintesis)
Pendekatan SAS (Struktur, Analisis, Sintesis) yang digunakan dalam penyusunan buku Tamhid Al-Baghdadi mampu melahirkan pelajar yang mahir di dalam mengenal pasti bunyi-bunyi yang terdapat di dalam bacaan Al-Quran.
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Teknik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya. Proses pembelajaran juga didapati lebih menceriakan dengan Teknik Ketukan,disamping mempermudahkan tugas guru membimbing para pelajar.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519