بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Teknik Al-Baghdadi Untuk Siapa?

Teknik Al-Baghdadi telah diolah agar memudahkan proses pembelajaran dan diuji keberkesanannya. Sehingga kini lebih dari 300,000 orang masyarakat dan pelajar di seluruh Malaysia telah berjaya dibantu sehingga celik membaca Al-Quran. Alhamdulillah.

Teknik Al-Baghdadi Untuk Siapa
Kajian statistik oleh beberapa institusi telah mendapati bahawa peratusan bilangan mereka 'Buta huruf Al Quran' adalah dalam keadaan yang mengejutkan. Secara puratanya, kadar 'Buta huruf Al-Quran' telah mencecah kepada hampir 40% dikalangan masyarakat muslim di Malaysia.

Antara faktor-faktor yang dikenal pasti menghalang sesetengah masyarakat untuk mempelajari dan menguasai pembacaan Al-Quran adalah seperti berikut:-
  • Tidak tahu dan malu untuk belajar kerana faktor usia.
  • Tidak suka ditanya oleh guru ketika belajar.
  • Tiada masa untuk menghadiri kelas pembelajaran kerana kekangan masa.
  • Tidak suka dimarahi dan dirotan (Pelajar sekolah).
  • Tidak suka membuat pengulangan yang banyak ketika belajar.
  • Masalah tidak fokus ketika belajar.
  • Guru Al-Quran tidak dapat memaksimakan masa pembelajaran dengan pengulangan yang banyak
  • Faktor kewangan.
Menyedari tentang halangan-halangan serta masalah diatas, kami di Al-Baghdadi Learning centre telah dilatih untuk memudahkan proses pembelajaran Al-Quran untuk semua peringkat usia. Teknik Al-Baghdadi telah diformulasikan berpandukan kepada faktor-faktor di atas dan kini terbukti  sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk:-
  • Murid-murind di peringkat tadika.
  • Pelajar-pelajar sekolah rendah.
  • Pelajar-pelajar sekolah Menengah.
  • Warga tua dan dewasa yang malu dan tidak tahu untuk belajar kerana faktor usia.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6011-5299 3775

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...