بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Jangan Lepaskan Peluang Gandakan Bacaan Al-Quran di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan keampunan. Justeru itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk gandakan amalankita sepanjang Ramadhan Al-Munarak ini.

Disamping mempertingkatkan amalan dengan melaksanakan ibadah-ibadah tambahan lain seperti solat Tarawikh, Bersedekah, Qiamullail, Menuntut Ilmu dan sebaginya, jangan pula kita lupa untuk melakukan satu amalan sunnah Baginda Rasulullah s.a.w iaitu membaca atau bertadarrus Al-Quran.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. adalah seorang yang amat pemurah, dan lebih pemurah lagi selama bulan Ramadhan, iaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya Jibril datang kepada Nabi saw. tiap-tiap malam Ramadhan dan beliau kedua-duanya membaca Quran berganti-ganti. Sesungguhnya Rasulullah saw. lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0004.)
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran kebaikan serta memberikan ganjaran yang banyak untuk hamba-hambanya yang sentiasa membaca Al-Quran serta beramal soleh.
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29) Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (30)” (Surah Fatir: Ayat 29-30)
Tadarus Al-Quran
Faedah serta kelebihan membaca Al-Quran ada dibincangkan dalam entri bertajuk Ganjaran dan fadhilat membaca Al-Quran. Secara ringkasnya, antara fadhilat-fadhilat membaca Al-Quran adalah seperti berikut:-
  • Pembaca Al-Quran hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah s.w.t. dan memeliharanya dari kegelapan.
  • Pembaca Al-Quran memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya.
  • Pembaca Al-Quran memperolehi kedudukan yang tinggi di dalam syurga. 
  • Ganjaran lipatkali ganda sehingga 10 kebaikan bagi setiap huruf yang dibaca.
  • Al-Quran akan memberi syafaat di akhirat kelak kepada pembacanya.
  • Ganjaran Istimewa untuk semua orang yang membacanya samada boleh membaca secara tartil atau tersekat-sekat.
  • Menjadi alasan yang berguna di akhirat kelak.
Oleh yang demikian, sementara kita masih berada di dalam suasana serta 'Semangat Ramadhan', marilah kita sama-sama mempertingkatkan pembacaan Al-Quran sehingga khatam dan menyertai program-program tadarus di masjid-masjid berhampiran. Bacaan secara tadarus dapat membantu memperbaiki bacaan Al-Quran disamping meningkatkan kualiti bacaan serta keyakinan diri semasa membaca.

Semoga kita akan terus istiqamah dengan beramal dan segala amalan-amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah s.w.t sebagai amala-amalan soleh sehingga mendapat keredhaan-Nya.

Allahumma ballighna Ramadhan. Aamiin.

Di Al-Baghdadi  Learning Centre, kami ada menyediakan pengajian pembelajaran pengajian Al-Quran untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, remaja sehungga dewasa. Daftarlah segera di Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Negeri Johor atau mana-mana pusat pendidikan Al-Quran Al-Baghdadi yang berdekatan.

Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...