بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Assalamualaikum & Selamat Datang

Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul terakhir, ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.

Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Orang (mukmin) yang mahir membaca Al-Quran, maka kedudukannya di akhirat diteman para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al-Quran, padahal dia gagap sesulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala berganda. " (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0767)
 Dari Abdullah bin Amr dari Nabi SAW. bersabda :
"Dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran. Bacalah, naiklah pada tangga syurga dan bacalah Al-Quran dengan tartil seperti engkau membaca dengan tartil di dunia, kerana sesungguhnya tempatmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3081.)
Menyedari perihal tuntutan dan keutamaan membaca Al-Quran yang disebutkan  dalam banyak hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w., maka kami terpanggil  untuk menyahut seruan agar budaya pembacaan Al-Quran dapat dimartabatkan di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum daripada itu, usaha perlulah ditingkatkan agar umat Islam dapat mempelajari pembacaan Al-Quran dengan mudah dan masalah buta Al-Quran dapat ditangani dengan segera. Oleh yang demikian, lebih banyak pusat-pusat pendidikan Al-Quran perlu dibuka untuk kemudahan masyarakat.

Bagi menyahut cabaran ini, kami telah terpanggil untuk mengorak langkah bermula dengan menubuhkan Al-Baghdadi Learning Centre ini agar lebih ramai lagi masyarakat yang boleh memgambil manfaat daripadaya. Namun untuk mengurus serta menyelia pusat-pusat ini dengan baik agar dapat mencapai standard yang terbaik, kami berharap masyarakat dapat memberi sokongan dan galakkan yang tidak berbelah bagi.

Semoga usaha ini akan mendapat keredhaan serta keberkatan dari Allah s.w.t dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih kerana mengunjungi portal ini dan semoga ianya memberi manfaat buat semuan. Teruskan melayari portal ini kerana banyak lagi infomasi-infomasi yang ingin kami kongsikan bersama.

Wassalamualaikum w.b.t
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...