بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Pengajian Tahap 2: Tajwid Al-Baghdadi

Peingkat Pengajian Tahap 2 Tajwid Al-Baghdadi telah disediakan dengan penggunaan Buku Tajwid Al-Baghdadi yang ringkas tetapi berkesan. Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap dan susulan kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.

Tajwid Al-Baghdadi
Keberkesanan kepada pembelajaran hukum tajwid Teknik Al-Baghdadi adalah kerana menggunakan pendekatan pembelajaran secara amali bagi setiap bacaan dan asas hukum tajwid. Disamping itu, penekanan kepada makhraj huruf, membolehkan kepada sebutan sifat huruf yang lebih sempurna.

Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.

Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6011-5299 3775 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...