Kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama peserta-peserta hafazan dari usia muda hingga ke 70 tahun ke atas yang berhadapan
dengan cabaran ingin menghafaz Al Quran.
Pengajian Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5 adalah merupakan susulan daripada program pengajian Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2. Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesi pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru terlatih. Ianya mengandungi tiga peringkat iaitu Talaqqi Am, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.